Skip to main content
search
0

Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) yang terletak di Jerantut, Pahang, merupakan simbol kecemerlangan dan iltizam berterusan Malaysia dalam memperkukuh sektor pertanian melalui penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1968 dan dirasmikan pada tahun 1972 oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor minyak sawit negara. Lanskapnya yang unik, merangkumi ladang kelapa sawit yang subur di samping kemudahan kediaman dan pusat penyelidikan dalam persekitaran semula jadi, menggambarkan pendekatan holistik terhadap kelestarian.

Warisan kecemerlangan ini telah diakui dengan kunjungan penting daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) FGV Holdings Berhad, Encik Fakhrunniam Othman, bersama barisan pengurusan kanan syarikat pada 10 April 2025. Objektif utama kunjungan ini adalah untuk memperincikan hala tuju strategik bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan FGV di PPPTR – sebuah bukti komitmen FGV untuk memajukan R&D dalam industri perladangan sawit dengan memanfaatkan kemajuan PPPTR yang telah lama wujud.

Ekosistem yang pelbagai di PPPTR, menyatukan pertanian, komuniti dan alam semula jadi, secara asasnya mencerminkan prinsip-prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Keselarasan ini dengan model perladangan lestari menjadikan PPPTR lokasi yang ideal bagi FGV untuk memajukan usaha R&D dan mendorong inovasi di seluruh rantaian nilai minyak sawit.

Sebagai organisasi perniagaan yang beroperasi dalam sektor minyak sawit, FGV mempertingkatkan tumpuan terhadap R&D di lokasi yang signifikan dari segi sejarah dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar seperti PPPTR. Di sinilah FGV Agri Services Sdn Bhd (FGVAS) memainkan peranan penting bagi menterjemahkan penyelidikan terbaik, amalan lestari, dan pengetahuan industri yang mendalam daripada PPPTR menjadi manfaat yang nyata bagi organisasi anda di setiap rantaian nilai, bermula penanaman sehingga produk akhir.

Antara potensi bidang tumpuan untuk bekerjasama dan perniagaan anda:

  • Pengurusan Tanaman yang Dioptimumkan: Memanfaatkan penemuan penyelidikan di PPPTR untuk meningkatkan hasil dan kualiti tanaman anda melalui teknik penanaman yang terbaik.
  • Bahan Tanaman Unggul: Dapatkan akses kepada penyelidikan mengenai bahan tanaman terkini yang dapat menghasilkan produktiviti dan ketahanan penyakit yang lebih tinggi di ladang anda.
  • Pembangunan Produk Lestari: Terokai peluang untuk mengembangkan produk yang lebih lestari dan bernilai tinggi melalui wawasan tentang amalan mesra alam dan pengoptimuman sumber.
  • Menerapkan Prinsip ESG: Pelajari dan terapkan model perladangan lestari iaitu selaras dengan prinsip ESG yang terbukti dalam lanskap kewujudan PPPTR. Ini sekaligus menyumbang kepada tanggungjawab alam sekitar dan sosial dalam jangka panjang pada kitaran hayat tanaman dan produk anda.
  • Pemindahan Pengetahuan dan Amalan Terbaik: Dapatkan akses kepada latihan dan kepakaran yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan FGV di PPPTR, bagi memastikan pasukan anda dilengkapi dengan amalan terbaik industri terkini untuk pengurusan tanaman dan inovasi produk.
  • Meneroka Teknologi Inovatif: Dapatkan teknologi dan metodologi baharu yang muncul daripada inisiatif R&D FGV yang diperkukuhkan di pusat penyelidikan mampan, yang melibatkan penanaman tanaman hingga pemprosesan produk.
  • Menyumbang kepada Masa Depan yang Lestari: Berkolaborasi dengan FGVAS untuk melaksanakan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan, hasil, memperbaiki kesihatan tanaman, mengoptimumkan pemilihan bahan tanaman, serta mempromosikan kelestarian jangka panjang operasi perladangan sawit dan produk anda.

Kunjungan GCEO ke PPPTR menunjukkan bahawa komitmen strategik FGV untuk memupuk inovasi dan kelestarian dalam industri minyak sawit, melibatkan setiap peringkat dari tanaman di ladang hingga produk akhir. Pelaburan R&D di lokasi yang signifikan dari segi sejarah dan keunikan ekologi, FGV telah membuka jalan bagi memastikan masa depan sektor ini yang lebih berdaya tahan dan kekal progresif.

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka bagaimana FGV Argi Services Sdn Bhd bagi memantapkan perniagaan anda melalui warisan penyelidikan dan inovasi terhadap tanaman, bahan tanaman, dan produk anda. Hubungi wakil jualan dan pemasaran kami untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan yang kami tawarkan bagi setiap penyelesaian anda demi meningkatkan pengeluaran minyak sawit dan menyumbang kepada masa depan yang lestari.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, e-mel fassbmarketing@fgvholdings.com  atau klik di sini

Leave a Reply