25 November 2025 | Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak
Majlis Penutupan Kursus K-SMART 2025: Knowledge Sharing for Estate Managers, Assistant Estate Managers, Supervisors and Mandors telah berlangsung dengan jayanya, menandakan berakhirnya siri latihan komprehensif yang bermula sejak Julai lalu.

Seramai 150 peserta daripada empat kategori Jawatan Utama Ladang – Pengurus Ladang, Pembantu Pengurus Ladang, Penyelia dan Mandur – telah berjaya menamatkan program pembangunan kompetensi ini.
Tentang Program K-SMART
K-SMART dibangunkan berteraskan enam nilai utama:
- Knowledge (Ilmu)
- Skill (Kemahiran)
- Management (Pengurusan)
- Application (Aplikasi)
- Responsibility (Tanggungjawab)
- Teamwork (Kerjasama)
Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama KCR Training Sdn Bhd, diketuai oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam industri perladangan, Tn. Haji Abdul Aziz Ishak.

Pengisian Majlis Penutupan
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pn. Marziyah Ismail, Ketua Jabatan Modal Insan Divisyen R&D, sebelum dirasmikan oleh En. Zul Hasymi Saadul Kurzi, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Agri Services Sdn Bhd.


Turut berlangsung:
- Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta kursus
- Penyampaian Anugerah Peserta Terbaik bagi setiap kategori
sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan pencapaian cemerlang sepanjang program.















Ke Arah Profesionalisme dan Operasi yang Cemerlang. FGVAS berharap agar setiap peserta dapat mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan nilai yang diterapkan sepanjang kursus ini, sekali gus memperkukuh profesionalisme serta meningkatkan kecemerlangan operasi di lapangan.









