​MAEPS SERDANG, 3 September 2026

FGV Agri Services Sdn Bhd (FGVAS) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar bahan tanaman utama negara menerusi komitmen berterusan dalam membekalkan anak benih Kelapa Pandan Tulen dan berkualiti tinggi yang diiktiraf di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT), Jabatan Pertanian Malaysia.

​Komitmen jitu ini terbukti menerusi kejayaan pencapaian terbaharu FGVAS apabila Encik Zul Hasymi Saadul Kurzi, Ketua Pegawai Eksekutif FGVAS, mewakili syarikat menerima anugerah berprestij pertanian bagi Kategori Peserta SPBT Paling Aktif Bahan Tanaman : Tanaman Industri. Majlis penyampaian anugerah sempena Program Pemerkasaan Industri Benih Tulen dan Berkualiti Negara yang berlangsung di Pentas Utama Dewan A, MAEPS Serdang itu telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Hj. Mohamad Bin Sabu.

​Pengiktirafan ini diberikan berasaskan keupayaan FGVAS sebagai pengeluar benih berdaftar SPBT yang mengekalkan standard tertinggi, merangkumi ladang pokok induk yang sihat dan tulen, tapak semaian (nurseri) yang bersih serta tersusun, dan keaktifan berterusan dalam membekalkan bahan tanaman yang diakui kualitinya oleh Jabatan Pertanian.

𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 (𝐏𝐏𝐏𝐓𝐀𝐑) 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐥𝐞𝐧

​Berpangkalan di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTAR), Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, FGVAS menguruskan ladang pokok induk Kelapa Pandan Tulen seluas 20 hektar. Menerusi amalan agronomik terbaik dan kawalan kualiti yang ketat, ladang pokok induk di PPPTAR ini berkeupayaan mengeluarkan sehingga 30,000 ribu anak benih Kelapa Pandan Tulen berkualiti tinggi setiap tahun bagi menampung permintaan pengusaha kelapa, pekebun kecil, dan pasaran tempatan termasuk di Sabah & Sarawak.

​Langkah ini selari dengan aspirasi KPKM untuk memperkasakan industri benih tempatan demi menjamin ketahanan serta keterjaminan makanan negara.

𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐧𝐢𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐢 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐞𝐫𝐬𝐢𝐥

​Selain kejayaan pengeluaran Kelapa Pandan SPBT, usaha pembangunan ladang benih Kelapa Matag yang telah dimulakan oleh FGVAS sejak beberapa tahun lalu kini telah memasuki fasa komersil. Ladang benih induk MYD (Malayan Yellow Dwarf) dan Tagnanan seluas 47 ha ini dijangka mampu mengeluarkan sebanyak 15,000 ribu pokok anak benih kelapa matag setahun apabila ianya telah berjaya di sahkan sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian.

​Peralihan status ke fasa komersil ini membolehkan FGVAS meluaskan kapasiti penawaran anak benih Kelapa Matag tulen yang terkenal dengan hasil buah yang lebat dan dengan pokok yang renek sekali gus memberi pelbagai pilihan bahan tanaman bermutu tinggi kepada para petani tempatan.

​FGVAS akan terus menyokong agenda keterjaminan makanan negara menerusi pembekalan bahan tanaman terbukti tulen, sah, dan diiktiraf.

Leave a Reply